Saturday, 13 August 2011

love the way it happen...

dah lama actually aku tunggu saat-saat macam ni.. bukan apa, susah jugak lah bagi family aku ni nak 'berkumpul' untuk satu hari bersama... dengan pelbagai konflik yang timbul, dengan setiap orang di rumah ni ada sifat serta perangai yang tersendiri.. jadi aku rasa hari ni hari yang paling indah dalam tahun ni...
"ALHAMDULILLAH"


hari ni kami buka bersama.. semua ada except for my brother-in-law... dia keje lah pulak... tapi tak ape, asalkan anak-beranak, cucu-cucu, n mak ayah berkumpul bersama untuk hari ini.. itu juga membawa makna yang besar dalam hidup ini...
  aku juga lega sebab abg aku, n ayah aku tak de nak gaduh-gaduh lagi.. masing-masing boleh bertolak-ansur.. masing-masing mampu mengawal amarah.. rasa indah pula 'RAMADHAN' kali ini..
 
setiap yang jauh, tak semestinya akan kekal jauh...
setiap yang dekat mampu jua menjadi lebih erat..
ibarat pepatah, air dicincang tak akan putus..
 begitu jua dengan hubungan kekeluargaan...
segarang mana seorang ayah..
sedegil mana seorang anak..
sebesar mana pun pergaduhan yang tercetus...
ikatan perhubungan itu tidak mampu terputus...
darah yang mengalir jua tidak mampu diasingkan..
itulah indahnya sebuah keluarga...

hargailah mereka sebelum terlewat

aku rasa indah jugak lah, bila tengok ayah aku tak marah-marah lagi seperti dulu.. mampu menerima kedatangan mereka dengan hati yang terbuka... owh, aku berterima kasih tidak terhingga kepada-NYA...

semua yang terlihat ini aku harap mampu kekal selamanya...  

pertelagahan antara adik dan akak juaga tidak mampu berkekalan lama, sebab hubungan antara mereka tidak mampu dipisahkan.. seburuk mana pun adik, adik tetap adik.. tak mungkin kita akan jumpa yang sama seperti mereka... 


 air mata pernah berlinang, mengenang setiap kesilapan yang pernah dilakukan.. meski syawal belum tiba, namun memohon maaf kepada mereka bukan hanya pada bulan itu sahaja... kasih sayang antara ibu ayah dan anak, memang tak kan dapat di tamatkan...



"bila rindu terkenang mu sayang,
terasa sayu syahdunya jiwaku
bila malam
makin kelam
jauh terbang diriku melayang"

mungkin lirik ini buat pasangan kekasih.. namun kali ini, lagu ini merujuk kepada hubungan sebuah keluarga...  


"bila benci jadi rindu,
                       bila marah datang sayang...
bila tangis menjadi tawa...
                                    biarlah hempedu menjadi madu...." 
 

asam garam kehidupan tak kan pernah tamat selagi kita masih mampu untuk terus bernafas di bumi ini...
ia adalah ujian yang diberikan PENCIPTA kepada kita.. ujian yang menguji tahap kecekalan, kesabaran serta keredhaan kita yang ada pada sudut yang terdalam dalam diri kita...  

segala yang berlaku pasti ada hikmahnya... insyaallah segalanya untuk kita menjadi insan yang lebih baik..

No comments:

Post a Comment