Thursday, 25 August 2011

tRy mY BeSt.... BiSkUt MaMa CaRrIeS....!!!!

hai... hai... hai....

malam ni, bersempena sebelum aku pergi dari umah ni n akan jarang balik... aku mula lah menonjolkan muka aku yang sedia sesuai dengan dapur... hehehe... pagi tu, akak aku dah buat rempeyek.. tapi... tak abiz...
penat k buat rempeyek tu.. ingatkan senang ke bila asyik melekat je dengan acuan die... aku pun fedup... hehehe..  

sekadar gambar hiasan

kekadang aku terfikir, macam ne ek perasaan orang-orang yang meniaga n jual rempeyek...???

so, dalam mencuba tu aku dapat jugak belajar sesuatu yang bukan senang untuk menhasilkan sesuatu yang mudah sangat kita dapat kat kedai-kedai... ( ikut korang lah faham ke tak ayat aku ni...) 

kisah akak aku dah lepas... now its my turn...!!!



BiSkUt MaMa CaRrIeS.... mY fIrSt TrY...!!!!!
 ni first try aku buat biskut raya.. mimpi apa pun aku tak tau... yang penting aku ikut resepi dalam internet... so, mudah ler keje aku...
dengan keluarkan alat-alat untuk menimbang... membancuh... menggodak... segala meng lah.... aku cubalah...
mula-mulanya,aku sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan... tepung jagung, tepung gandum, marjerin, gula halus, gula icing... ikut macam arahan.. ayak tepung... godak, gaul... 

lepas tu aku memulakan segala bancuhan... 
ikut step.. bila buat semua ni,aku teringatkan masa kat matrik... buat segala test dalam makmal kimia... kene ikut step... pakai timbang.. terlebih sukat jadi len.. hehehe.. miss that time so much..

akhirnya bancuhan tadi menjadi doh...

starting lah pulak membentuk kan doh yang dah siap di uli... suka lah pulak buat semua ni.. teringat masa kecik-kecik suka kacau mama bila dia buat kuih or biskut-biskut raya ni...


kemudian, aku sumbat kan dia ke dalam mulut oven yang sgt-sgt panas selama 20-30 minit... (150c je..)

alhamdulillah.. my first try is wonderful... okielah.. menjadi jgak biskut yang aku buat.. so tak payah lah family aku susah-susah nak beli-beli biskut raya lagi...




tAdA.....!!!!!! 
 
 biskut yang aku buat....



berbeza kan dengan biskut yang di jual....











tHe EnD ...!!!! 

Friday, 19 August 2011

ImPiAn yAnG hAnYa ImPiAn...!!!

impian... semua orang ada impian kan... mustahil lah bagi sesape yang takde impian... 
atleast a little bit of hope or dream...
pada aku impian tu penting, bagi mereka yang memerlukan semangat untuk berjaya bagi mencapai sesuatu...
tapi apa pon...

"YANG PENTING KITA ENJOY...!"
( hehehe, trekmark NORA DANISH dalam sunsilk lah pulak..) 


mengenai tajuk impian aku ni... berkisahkan tentang... ciri-ciri lelaki idaman aku lah... normal lah kot bagi aku untuk berangan... once and for all... hehehe... 
 tadi tengok cerita "CUTI-CUTI CINTA"... bila tengok cerita tu, teringat pulak kat cerita "I'M NOT SINGLE" and "LAGENDA BUDAK SETAN"...   

apa kaitan kan antara cerita-cerita tu dengan topik aku ni?? okie-okie... sebelum-sebelum ni, blog post aku semua tentang KIM HYUN JOONG.... yelah.. the handsome most guy... hehehe... 
tapi takde maknanya aku nak dapat lelaki korea... yelah, speaking korea ke larva, speaking english ke laut... de kang speaking bahasa isyarat je... hehehe...

minat-minta korea pon, tup-tup dapat yang melayu tulen jugak.. kan kan kan???

for the malay one, i prefer for FARID KAMIL... not the real "farid kamil"... sebab itu memang benar-benar dan teramat sangat mustahil k...
aku menginginkan seorang lelaki yang dapat membawa watak macam dalam cerita I'M NOT SINGLE, or CUTI-CUTI CINTA, or LAGENDA BUDAK SETAN...

rasa macam romantik je kan.. sedap mata memandang... sejuk hati bila terkenang... hai, macam dalam alam mimpi lah kalau dapat lelaki yang macam tu... always by my side... huhuhu... SWEET GILER LAH... FULAMAK.... tinggi nya khayalan aku ni...

'khayalan menjelma, ketika fikiran, melayang menjauh mengenangkan mu...
suara mu yang indah, mengalunkan lagu, irama hatiku yang suci...' 

tapi macam aku kata tadi... itu semua impian... kadang-kadang impian itu tak mampu menjadi kenyataan sebab...
kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya...

 


!!!! sElAmAt MeMbAcA sEmUa !!!!
 

bArU AkU tAhU !!!!!

bArU AkU tAhU ini mengenai diri aku.. bahawasanya aku baru tau yang "KIM HYUN JOONG" uh leader "ss501"... aku ingatkan -KIM HYUNG JUN- or -HEO YOUNG SAENG-....


KIM HYUNG JUN
korg nak tau kenapa aku macam terkejut??? kalau di belek-belek YOUTUBE uh.. taip lah "ss501" kat search... keluarlah segala klip muzik video diorang tu... dan bila tengok klip video "LOVE YA"... (fanatik betol aku dengan lagu ni) or "FIND" or "BECAUSE I'M STUPID"...(agak yang paling popular dalam cite BOF kan)... yang paling banyak menyanyi adalah "heo young saeng"... yang agak MENONJOL "kim hyung jun"... lau "kim hyun joong" lak MAJOR dalam tarian n rap-ing... so.. bukan macam keliru ke???

so.. to prove it... just look at this site " ss501:SS501 members "... hehehe... 

HEO YOUNG SAENG
klik site tu dulu k untuk memahami apa yang akan korang baca seterusnya... tapi agak-agak kalau korang dah kenal mereka... just continue....

 
in my opinion of the ss501 members...
KIM HYUN JOONG
KIM HYUN JOONG- such a handsome guy..( beruntung meyh lau dapat laki macam dia ).. tarian dia 'WOW'... boleh 'cair' seyh... rase nye, watak dia sebagai YUN JI HOO tak jauh beza dengan diri dia yang asal...
KIM HYUNG JUN- nice looking guy... memang smart giler lah... segak bergaya kau memang 'macho'...
HEO YOUNG SAENG- have a lovely, sweety, nicely voices... memang terpukau dengar suara dia lagi-lagi dalam lagu 'FIND'... -wow-...  dan muka dia comel sangat.. patutlah di gelarkan "SHY PRINCE"...

actually ahli SS501 ni ada 5 members... oleh sebab aku cuma minat dengan 3 sahaja... so opinion aku hanya untuk 3 orang yang diatas sahaja.... 



thats all for tonight... 
thanz for all who read this blog.... 

 

Tuesday, 16 August 2011

hOw It hApPeN??

HoW iT hApPen ni berkisahkan tentang aku... bagaimana aku mula meminatinya drama KOREA...
bagi yang mengenali diri aku sejak form4 or form5, diorang confirm-confirm lah dah tau yang aku ni memang 'KOSONG' dengan cerita-mite korea ni... 

"niat di hati nak joinlah diorang berbual pasal tengok-tengok cerita ni... rupa-rupanya pasal cerita korea... maunya aku tarik balik kerusi aku, then duduk balik kat depan meja comel aku.... (mase tu kat sekolah)... lau tak pun, mesti aku jadi tunggul kayu, cuma menjadi penonton serta pendengar terhormat... hehehe.."

namun "MINAT" terhadap korea ni mula datang sejak-sejak kawan aku dari sekolah DATO' memperkenalkan aku dengan satu cerita ni... kira inilah drama korea first yang aku tengok... iaitu 'BOF'...(boys over flower...)
 
mula tengok macam ada sikitlah tak menarik minat.. namun akhirnya... bila terlihatkan wajah pemuda kacak ini, hati aku jadi 'CAIR' meyh... so sweet... so handsome... so romantic... dia ni memang banyak so so so lah... hehehe... siapakah dia??? of course KIM HYUN JOONG....
yang memegang watak sebagai YUN JI HOO.... ( smart lorh..)

tapi kembar aku meminati LEE MIN HO.. watak utama cerita ni... boleh tahan smart lah..nak tau yang mana... ala..."GU JUN PYO"...

dalam pada merisik khabar... cewah.. mcam ayat meminang lak... hehehe... aku survey-survey lah tanya kembar aku... tanya budak-budak yang fanatik korea ni, jejaka yang aku suka ni penyanyi ke apa ke... hehehe... rupa-rupanya dia salah seorang ahli kumpulan 'SS501'.. 
mula lah tangan aku merayap ke keypad laptop ini, buka laman sesawang YOUTUBE  mencari-cari apakah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan itu... (skema nya bunyi ayat aku ni..)

so..lagu yang paling aku minat adalah.... "love ya"... lirik dia terbaik meyh... tapi yang paling aku teruja, kim hyun joong menari uh... paling terpikat...
tak percaya.... ??? tengoklah sendiri...( sambil korang dengar lagu nya masa baca blog ni..)
second yang aku minat lagu "find"... muziknya membuatkan aku tak boleh lupa... sangat-sangat membuatkan aku seperti berada diawang-awangan... hehehe...

the second drama yang aku tengok... 
ceritanya ialah "HE'S BEAUTIFUL".. first aku tengok cerita ni kat 8tv... malam.. semenjak tu, aku selalu ajak kembar aku temankan aku gi cafe tiap-tiap malam.. semata-mata nak tengok cite tu... so romantik... so sweet... klakar PLUS menyentap hati... hehehe...
oleh sebab tak puas hati, tengok pun tak start dari episod 1, aku memulakan pencarian... mencari-cari barang sesiapa yang mempunyai full episod kepada cerita itu... 
nasib menyebelahi aku, aku dapat pinjam cd dari member yang memperkenalkan aku kepada cerita-cerita korea... 

the third drama yang aku tengok...  
seterusnya, adalah "FULL HOUSE".. mula tengok mase waktu aku gap tengah hari... umi cafe tu bukak lah ntv7... so terpampanglah cerita ini di kaca tv.. so, dengan mengahayati ceritanya... aku mula terpikat....
time ni pon sama jugak dengan time yang sebelumnya... aku gi mintak copy citer ni... yelah.. dalam seminggu tu, manalah ada gap tengah hari... so... demi untuk menontok full episod.. aku buat benda yang sama...
ada kisah tau.. kembar aku mati-mati terangkan pada aku, siapa pelakon lelaki nya... yelah, aku ni bukan nya amek tau pasal pelakonnya.. siapa namanya.. apa characternya... yang aku tau, boleh tahan lah dia berlakon.. hehehe...
namun, lama-kelamaan.. aku jadi kenal muka pelakon utama citer ni.. sampai aku bole cam dia dalam cite "SPEED RACER"... (normal lah hal ni bagi peminat baru untuk cerita korea kan...)


actually banyak lagilah sebab-sebab serta cerita-cerita yang mebuatkan aku mula tertarik terhadap drama korea ni... 
oleh sebab aku dah kesuntukan idea serta penat untuk mengolah ayat-ayat.. jadi aku tangguh cerita ini dan akan bersambung dalam cerita yang akan datang....

NAMUN
aku nak berkongsi tentang pelakon korea perempuan yang paling aku minat... nak tau siapa...??

.... YOON EUN HYE....


so... insyaallah sambungan cerita ini akan diteruskan kemudian... 
sekian...
terima kasih..


bersambung..... 

ni lah dua pelakon yang aku minat giler....

sErUnDInG DaGing TeRhEbaT..!!!

apakah... ini berkaitan dengan perkara yang sedang aku lakukan di rumah...
meski raya masih lama... (lama tak lama lah..insyaallah separuh bulan je lagi)
tapi family aku dah mula buat serunding daging...

hari pertama...
actually dalam hari pertama tu, tak de apa yang menarik pun.. hehehe... normal lah, nak buat serunding kan, kenel ah pergi beli barang-barang dulu.. tak kan lah terus nak masak tanpa bahan-bahan yang begitu penting sekali terutamanya 'DAGING'... 

kisah terus bermula... 
barang-barang tu suma kami-kami ni beli kat 'MIDASMART' sebelah McD... berhampiran CAREFOUR.... bagi sesiapa yang dok JOHOR, kalau tak tau, tak tau lah aku nak cakap apa... confirm tak pernah merayap sampai sana... hehehe... ni nak bagitau ni...
 
( nak bangga-bangga cikitlah, semenjak dua menjak ni, aku yang jadi drebar... bukan apa, aku tak kluarkan fulus.. jadi aku membantu dengan menjadi drebar jelah...)
kami ni pon pusing-pusing kat sluruh kawasan tu... mencari bahan-bahan masakan resepi 'turun-temurun' oleh chef terhormat... siapa lagi kalau bukan THE ONE AND ONLY MY MOM....

borong daging 5KG, borong santan 5KG... (troli semakin padat...) cari serai, halia lengkuas... mau penuh satu tapis uh...
(maaflah yer..tak da gambar cek nak share pasal ni)
pencarian terus berlangsung... akhirnya.. troli serta bonet-bonet kereta penuh PLUS mampat...


ni gambar FIKRI HAFIZ... yang memenuhkan lagi troli yang dah sedia padat...

 dalam hari yang pertama jugak, mak aku dah mula merebus daging yang dah di beli itu seempuk-empuknya... yelah bagi memudahkan proses yang berikutnya...
dan TUGAS aku ialah mengupas-kopekkan segala bawang-bawang, serta bahan-bahan yang lain...sape yang nak makan kulit bawangkan...sebab tu kene kupas...


HARI KEDUA.....

apa yang terjadi dalam hari kedua...???

apalagi kalau bukan proses menghancuskan bahan-bahan...

  • bawang-bawang,serai-serai,halia-halia dan yang sewaktu dengannya di sumbatkan ke dalam mesin blender...  
  • daging-daging yang sudah empuk-mepuk tu, dikitai-kitaikan bagi nampak HALUS...seperti iklan nescafe tu... 
  • kemudian semua bahan-bahan tu di satukan dengan tujuan perpaduan.... hehehe.. dalam kuali...


    (mcm lagu "ikan di laut asam di darat, dalam periuk bikin muafakat..")




    bahan-bahan yang sudah bermuafakat...

     penat tau nak buat serunding ni... ingat senang ke.. bagi sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan tangan untuk menggodak-gadik kan isi-isi dalam kuali tu, mau surrender sebelum siap...
hehehe..
(sebab aku lah orang nya...)

sepenat mana pun masa tu... hasil nya... fuhhh... MANTOP beb...
akhirnya serunding daging itu sudah pun menjadi serunding...
(keringlah... bukan basah mcm gambar kat atas tu..)






- TAMMAT-

seronok ke tak seronok cerita aku ni, aku hanya berkongsi detik-detik indah dalam hidup aku... tiada kaitan antara yang ada mahupun tidak... semua ini hanya apa yang aku alami dalam hidup realiti ini...


jadi, selamat membaca....

Saturday, 13 August 2011

love the way it happen...

dah lama actually aku tunggu saat-saat macam ni.. bukan apa, susah jugak lah bagi family aku ni nak 'berkumpul' untuk satu hari bersama... dengan pelbagai konflik yang timbul, dengan setiap orang di rumah ni ada sifat serta perangai yang tersendiri.. jadi aku rasa hari ni hari yang paling indah dalam tahun ni...
"ALHAMDULILLAH"


hari ni kami buka bersama.. semua ada except for my brother-in-law... dia keje lah pulak... tapi tak ape, asalkan anak-beranak, cucu-cucu, n mak ayah berkumpul bersama untuk hari ini.. itu juga membawa makna yang besar dalam hidup ini...
  aku juga lega sebab abg aku, n ayah aku tak de nak gaduh-gaduh lagi.. masing-masing boleh bertolak-ansur.. masing-masing mampu mengawal amarah.. rasa indah pula 'RAMADHAN' kali ini..
 
setiap yang jauh, tak semestinya akan kekal jauh...
setiap yang dekat mampu jua menjadi lebih erat..
ibarat pepatah, air dicincang tak akan putus..
 begitu jua dengan hubungan kekeluargaan...
segarang mana seorang ayah..
sedegil mana seorang anak..
sebesar mana pun pergaduhan yang tercetus...
ikatan perhubungan itu tidak mampu terputus...
darah yang mengalir jua tidak mampu diasingkan..
itulah indahnya sebuah keluarga...

hargailah mereka sebelum terlewat

aku rasa indah jugak lah, bila tengok ayah aku tak marah-marah lagi seperti dulu.. mampu menerima kedatangan mereka dengan hati yang terbuka... owh, aku berterima kasih tidak terhingga kepada-NYA...

semua yang terlihat ini aku harap mampu kekal selamanya...  

pertelagahan antara adik dan akak juaga tidak mampu berkekalan lama, sebab hubungan antara mereka tidak mampu dipisahkan.. seburuk mana pun adik, adik tetap adik.. tak mungkin kita akan jumpa yang sama seperti mereka... 


 air mata pernah berlinang, mengenang setiap kesilapan yang pernah dilakukan.. meski syawal belum tiba, namun memohon maaf kepada mereka bukan hanya pada bulan itu sahaja... kasih sayang antara ibu ayah dan anak, memang tak kan dapat di tamatkan...



"bila rindu terkenang mu sayang,
terasa sayu syahdunya jiwaku
bila malam
makin kelam
jauh terbang diriku melayang"

mungkin lirik ini buat pasangan kekasih.. namun kali ini, lagu ini merujuk kepada hubungan sebuah keluarga...  


"bila benci jadi rindu,
                       bila marah datang sayang...
bila tangis menjadi tawa...
                                    biarlah hempedu menjadi madu...." 
 

asam garam kehidupan tak kan pernah tamat selagi kita masih mampu untuk terus bernafas di bumi ini...
ia adalah ujian yang diberikan PENCIPTA kepada kita.. ujian yang menguji tahap kecekalan, kesabaran serta keredhaan kita yang ada pada sudut yang terdalam dalam diri kita...  

segala yang berlaku pasti ada hikmahnya... insyaallah segalanya untuk kita menjadi insan yang lebih baik..

Thursday, 11 August 2011

ketentuan ilahi

segala yang lahir di atas muka bumi ni pasti akan kembali ke sisi-NYA... 

cuma bila, di mana, saatnya... kita takkan pernah tahu...

pasti sedih mengisi ruang.. pasti tangisan segera mengalir apabila orang yang pergi adalah insan yang terapat bagi kita.. bagi yang jauh, kita sedekah kan Al-Fatihah untuk nya, bermohon semoga rohnya tenang bersemadi di sana....



Tuesday, 9 August 2011

arghh.... TENSION !!!

TENSION melanda ati ku... waaa... da mcm ape da ni.. korg nk tau x sbb ape???
meh aku kongsi kn ke'TENSION'an aku dgn crita... (mgkin yg x berapa nk menarik minat or ati korg ler ye)


puasa sudah 9 ari berlalu...(start aku post blog ni la)
raya pula bakal tiba...
ramai juga org yg sibuk mencari brg persiapan...
utk HARI RAYA yg bkl mnjelma...
( ayat apakah yg aku guna ini??? )

oke2... ari tu,aku g la giant bukit indah, niat di ati nk teman akk ngah aku g cri baju raya anak die yg agak montel comel ni ha... mrayap dok mrayap dok mrayap... nmpak la baju2 raya yg berderet2 kt tepi pintu masuk giant uh.... aku pon usha la... ( sblom usha, aku skodeng harga dlu, kes jimat..)

mata ku terpndgkn la sederet baju yg harga giler murah... ( RM19.99) pd aku okie lah harga uh... kan3???
mcm xpercaya meh... amek la bebyk.... ley bwk mrntau ke negeri org.. eeehe....

hah, itu baru pasal baju, ni pasal kasut lak... masalah aku yg kedua tp yg paling 'PERDANA' ni, kaki aku panjang mcm 'KAPAL TITANIC'... dlm ukurn lukisn tgn jela... ehehe... cari punya cari punya cari... tak ketemu jua... berpeluh dh nk cari yg ngam... bila ade, tak berkenan... bile berkenan, tak ade saiz lak...

APALAH MALANG NYA NASIB KU INI...

berita baiknya, jumpa la satu kasut ni... sesuai... ngam... n padan.,.. makin tinggi mcm galah la aku ni ha....
mana taknya, aku beli wedges... (bukan kentang yg kt KFC k... don't misunderstanding au)


SETIBANYA DI RUMAH...

sampai umah dgn rase indahnya.... hehehe... sronok lah beli baju baru, dgn harga yg mura... cantik2 belaka...
namun..ancus lulus hati ku.... sbb.... kain tu...tak singkat tp tak ley masuk... ( bagi perempuan, phm2 lah masalahnya....)

sob sob sob

menanges aku... sedih, pening nk buat mcm ne... lau tak nnti confirm ayah kesayangan ku... mcm mechine gun, meletop bak bom atom... dengan sgla bebelan... PEACE.....

tp ade jln, thanz buat akak chubby yg die sudi utk menolong adik nya yg comel ni... hehehe...

sekian saje crita utk blog post ni...




dalam kisah ade crita...
dalam suka ade duka...
namun duka tidak lama...
kerana ade SUPERHEROIN yg TIBA....




Thursday, 4 August 2011

today is "LAKSAM DAY"

apakah????    hehehehe.. bagi yg dah bace wallpost aku kt fb... yupz thats right...

today is laksam day

hari ini aku, akak aku n chef yg terhebat ( my mom), bertunggang-langgang kat dapur... nk mencuba utk memasak LAKSAM dr internet... hehehe... resepi rembat kt TRYMASAK.COM ... so, bg sesape yg nk cube tgok2 resepi ni, klik je k...

SEMUDAH DGN KLIK.... (nk pizza pon klik butang tepon... kan3??? )

okie2, tanpa melengahkan masa, tugasan dibahagikn kepada 'TIGA'...

PERTAMA : aku, buat mee laksam..
CHEF 1 : ni aku...kesengalan melanda...
 

bahan2 yg telah dibancuh.... treng teng teng....
 
hah, tu sebenarnya tepung beras yg dicapur-adukkan dgn sntan (4sudu), garam n air suam


hah, bhn2 yg dah digodak2 jgn lak biar jer..kenalah kkus...


KEDUA : angah, lebih kurang menyiapkn bhn2 masakn lah...
antaranya seperti.... look below...



ni part CHEF 2 tgh sewel potong ulam

ni ikan2 yg menjadi mangsa rebusan CHEF 2

KETIGA : mama sy lah...hehehe... tugas dia adalah untuk menyiapkn kuah laksam tersebut...
inilah dia CHEF 3, chef yg paling hebat..hehehe

ini lah kuah laksam nye k.. ( x pasti dah jd ke blom)

dalam pada nk menyudahkn memasak laksam ni, mcm2 sloroh kitorg buat.. semua ni kenangan buat aku..  maybe before aku pergi ke klantan... waaaa.... confirmlah xdpt rse lgi mcm ni kalau aku dah gi klantan...

hehehe.... actually aku xpandai nk buat crita utk hari ni.. td idea punyalah mcm air terjun... tup2 jd pendek jew... hehehe... okielah.. setelah semuanya selesai, laksam uh spt gmbar kt atas...
sedap boleh thn lah...smpai bertambah ' TIGA KALI ' abg ipar aku..hehehe.. tu kes lapo or ape aku xtau ler...
tp hope so len kali ley buat jenis mkanan yg len lak...

all of it is a memory of me n my family... nothing make me smile except them..

                                              

'SELAMAT MENJAMU SELERA....'